Words

Tips Beli Air Fryer

Sekarang ni korang kena tahu satu perkakas masakan yang semakin popular kebelakangan ni. Perkakas ni dinamakan… Air Fryer. Betul. Nama benda ni dah ada dalam tajuk dah pun.

Air Fryer ni popular sebab kita boleh masak tanpa menggunakan minyak yang kita takut sangat tu. Banyak juga produk yang claim boleh kurangkan penggunaan minyak sehingga 80%. So buat mereka yang cuba nak makan sihat tu dah tentulah menarik ye tak?

Sebenarnya Air Fryer ni lebih kurang macam oven je. Cuma orang kata saiz mini lah. Kaedah masakan pun sama macam oven iaitu convection yang bermaksud aliran haba (sama ada dengan bantuan angin ataupun tidak).

So apa yang kita kena tengok untuk beli Air Fryer ni? Jom tengok checklist di bawah.

1. Apa nak dimasak

Item pertama ni korang kena tahu siap-siap at least benda yang korang maybe akan masak selalu. Kalau tak tahu, biasanya orang akan guna untuk masak ayam bakar. Masakan ni dah tentu adalah alternatif kepada ayam goreng yang korang takut masak sebab guna banyak minyak tu. Dan aku rasa memang masakan ayam pun yang ada banyak resepi kat luar sana untuk dimasak dengan Air Fryer. Dari sini juga, sebenarnya korang boleh tahu spesifikasi untuk kriteria-kriteria yang seterusnya.

2. Kapasiti muatan tray

Ada banyak Air Fryer di luar sana dengan berbagai-bagai saiz dan muatan tray. Ada yang sekecil kurang dari 1L hinggalah lebih dari 5L. Dah tentu lagi besar, lagi banyak lah isi yang korang boleh masukkan. Kalau korang nak masak seekor ayam terus ke dalam air fryer, boleh cari 4L ke atas. Kalau tak, korang still boleh masak ayam seekor, tapi kena potong kecik lah.

3. Setting kepanasan

Kebiasaannya, kepanasan untuk memasak ni antara 80 hingga 200 degree Celcius. Biasanya kriteria ni tak jadi issue sangat. Cuma berdasarkan panduan memasak yang aku baca, kalau korang nak masak makanan frozen macam nugget, chicken wing, onion ring dan kerepek, korang perlukan jugak kepanasan 200 degree tu.

4. Timer masakan

Timer ni fungsinya korang boleh masak dalam sekali setting. Katakan nak masak ayam penuh (whole chicken), setting dia adalah 60 minit. Ada Air Fryer yang timer setting dia 30 minit je. So kalau macam ni, korang kena lah pusing timer 2 kali. Kalau timer boleh pusing sampai 60 minit, maknanya korang boleh tinggal je lah agaknya (benda masakan mana-mana pun selalunya kena pantau jugak masa ia dimasak. jangan tinggal sesuka hati, takut hangus).

5. Senang dibasuh

Kriteria ni agak menarik untuk dikupas. Ada Air Fryer yang mempunyai tray yang agak besar tapi tak boleh diasingkan dari basket. Jadi nanti nak basuh sebenarnya agak susah terutamanya kalau tak guna mesin dishwasher. Tapi sebenarnya tak ada isu sangat nak basuh tu. Kalau yang boleh asingkan tray dari basket, mudahlah kerja basuh-basuh tu nanti.

6. Fungsi special

Ada juga Air Fryer yang ada setting untuk cara memasak yang berlainan. Antara contoh, ada setting untuk baking, untuk grill, fry dan sebagainya. Cuma part ni aku tak berapa tengok sangat. Sebab yang aku tahu nak guna Air Fryer ni cumalah masuk tray, setting kepanasan dan set timer. Lepas tu siap, boleh makan.

Selain tu ada jugak ada Air Fryer yang ada function untuk kacau makanan. Ini memang hebat betul. Aku kalau kacau-kacau ni buat manual. Main goncang-goncang je. Takdak masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *