Sama ada aku ni tak pandai uruskan masa atau masa memang tak cukup untuk aku buat segala benda yang aku nak buat sekarang ni. Kerja dah lah menjadi satu hal yang aku kena setel dalam 10 jam hidup aku seharian. Tambah lagi perkara yang aku build dalam 3-5 tahun ni. Aku pun tak berapa clear jugak apa yang akan jadi. Dua, tiga blog jugak lah aku establish dalam satu dua bulan ni. Buat masa ni, Malaysia Academia still menjadi tujuan utama aku lah. Selain tu, blog ni adalah tempat aku mengadu nasib, dan harapnya dapat mencari rezeki sikit-sikit. Satu website jual kain yang aku still tak sure tahap komitmen yang aku boleh bagi. Satu lagi website buat blog. Yang ini tempat aku berharap lebih sikit untuk mencari rejeki. Sambil-sambil kumpul trafik, sambil tu mencari pelanggan.
Dalam masa yang sama, tahun depan aku plan nak join kesukarelawan thru Muslim Volunteer Malaysia yang aku rasa patut ada ‘S’ lepas volunteer. Kita try join dulu tengok apa aktiviti yang dijalankan. Kalau macam best boleh lah join. Kalau tak, cari organization lain lah. Tu pun kalau masa aku cukup untuk commit untuk perkara-perkara ni. Dalam buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin, topik kesukarelawan diberi spotlight sebagai penggerak NGO yang merupakan pihak ketiga antara Kerajaan dan Pembangkang. Mereka ni kerjanya bertindak tanpa melihat kepada mana-mana kecenderungan politik. Sebab asalnya semua orang – melayu, cina, india – adalah berada pada pihak yang sama, iaitu sebuah bangsa negara. So berjinak-jinak lah aku untuk menjadi penggerak dalam badan NGO.
Bercakap pasal bangsa, masa ni aku tengah tertarik dengan asal usul melayu tu sendiri. Entah macam mana boleh tersangkut pulak dengan sejarah. Terjumpa catatan pasal bangsa Austronesian – rumpun besar keturunan di nusantara dan polynesia (New Zealand dan pulau-pulau berhampiran). Kalau boleh nak gali dalam-dalam. Tapi ini sebuah topik yang dalam maka aku baca apa yang ada di muka aje. Bukan nak gali pasal kaum je lah. Bahasa dan budaya pun kalau boleh aku nak baca jugak lah. So far aku cuma boleh sekutukan kaum Austronesian ni dengan pelayaran. Sebab kalau tengok peta memang giat betul lah kaum ni berpindah-randah atas laluan air.
Lagi satu pasal sejarah adalah pasal penemuan kota bawah laut. Kota macam ni contohnya Yonaguni Monument di Jepun. Kalau search underwater city ada banyak lagi boleh dijumpa. Cuma ada claim yang mengatakan bahawa dulunya laut tak sedalam sekarang ni. Serius aku terasa ingin tahu sejarah semua benda ni. Kalau ada orang buat buku konfem aku beli and cium buku tu tanda terima kasih dekat penulis sebab buat buku macam tu. Cuma bila cakap pasal buku ni susah sikit lah. Publisher sekarang takut nak buat buku yang tak mainstream. Takut tak laku. Last-last buku yang macam ni takde dalam pasaran.
Semoga tidak. Semoga buku-buku macam ni ada orang perjuangkan dalam masa yang akan datang.