Malaysia,  Words

Harapan Untuk PRU-14

Aku yakin pengundi di Malaysia ini setakat hari ini masing-masing dah tahu nak pilih siapa untuk PRU kali ini. Sama ada BN, PH atau Pas, dah tentu korang mengundi atas keyakinan dan pengharapan bahawa parti itu adalah yang terbaik untuk negara. Dan boleh jadi pilihan itu dianggap penyokong parti lain sebagai satu pilihan yang salah.

Tak apa.

Memang susah untuk kita tahu kalau pilihan kita itu benar-benar untuk yang terbaik.

Tak boleh dinafikan sepanjang pemerintahan BN, mereka telah memberi pelbagai kemudahan kepada rakyat. Mestilah, dah dapat kuasa takkan nak bagi pembangkang pulak yang jalankan kerja? Nanti pembangkang lah yang dapat nama.

Namun BN juga dari persepsi aku, seolah-olah mengatakan “Cukuplah apa yang kita bagi. Nak mintak apa lagi?”. Seolah-olah kita nasib seluruh masyarakat telah terbela. Secara jujurnya, aku rasa negara kita boleh pergi jauh lagi, terutamanya dalam bidang teknologi kerana banyak funding boleh digunakan untuk R&D. Tapi bila kita dengar berita tentang ketirisan, korupsi berleluasa seperti ianya bukan satu jenayah, maka aku cukup risau dengan masa depan negara. Apabila ditegur, pegawai yang menegur diperiksa seakan-akan dialah penjahat yang sebenar. Maka di maka kredibiliti pemimpin sebagai pihak yang memegang kuasa?

Media pula dijadikan alat kepada parti pemerintah ini supaya dia sahaja lah yang kelihatan sebagai pejuang. Dia sahaja lah yang betul, yang lain adalah salah, dengki, pemfitnah dan pengkhianat negara. Kadangkala pemimpin ni tak sedar gelaran ini juga tempias kepada rakyat jelata yang sebenarnya cuma mempunyai pandangan berbeza.

PH bukanlah parti yang sempurna, sebagaimana parti lain juga. Namun aku rasa PH adalah government yang betul untuk masyarakat berbilang bangsa, walaupun keseluruhan corak pemerintahan untuk masyarakat majmuk tu mungkin belum nampak lagi. Pas pula corak pemerintahannya untuk masyarakat majmuk seperti kurang friendly. Aku pun tak suka juga nak komen lebih pasal Pas sebab nanti macam friendly fire.

Tapi aku yakin atas sebab PH lebih popular berbanding Pas, maka ramailah yang menyarankan untuk memangkah PH (terutamanya di peringkat parlimen) untuk menggantikan kerajaan BN. Ya, PH bukanlah baik sangat pun. Aku kalau ikutkan, memang takde satu pun parti yang aku rasa boleh tackle core issue di Malaysia ni. Tapi ini je lah parti yang ada. Nak tambah banyak-banyak nanti BN jugak yang kekal pemerintah sebab pecah undi.

Jadi kesimpulannya di sini, pangkahlah ikut penilaian anda yang terbaik. Untuk aku, aku cuma harapkan negara yang lebih matang dan berkebajikan untuk seluruh masyarakatnya. Harapan aku yang lain adalah supaya kemajuan di negara ini dapat menaikkan nilai matawang kita dan menaikkan kuasa belian rakyat Malaysia (tapi ini ceritanya lagi panjang lah).

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *