Ekonomi,  Malaysia

Youth Economic Forum 2016

Baru-baru ni ada sebuah event yang dinamakan Youth Economic Forum 2016. Event ini mendapat ilham dari World Economic Forum dan bertujuan untuk menghidang minda pakar-pakar ekonomi Malaysia di atas pentas untuk tatapan dan hidangan para belia. Kenapa perlu dihidangkan kepada belia? Mungkin kerana belia tua-tua semuanya dah ada komitmen kerja masing-masing. Dan mereka diperlukan di tempat mereka sendiri. Event ini juga sememangnya disusun oleh para belia sendiri iaitu Perdana Fellows Alumni Association. Maka secara semulajadinya event ini ditujukan khas kepada belia.

Kebelakangan ini juga kita dapat lihat semakin ramai orang muda yang memulakan syarikat mereka sendiri dalam dunia digital dan menjadi syarikat besar. Sebagai contoh, Facebook, Uber, AirBnB dan macam-macam lagi. Malaysia juga terkena tempias trend ini, dan kita dapat lihat dengan tertubuhnya GrabCar, TheLorry dan BookDoc sebagai beberapa contoh tempatan. Sekalipun kita mungkin agak lewat dalam industri ini, ataupun sesetengah pengasas startups sememangnya berduit, dan sebahagian pula milikan ekuiti mereka lebih banyak berada di negara lain, kita perlu juga turut serta masuk trek walaupun berlari-lari anak. Setidak-tidaknya kita tak ketinggalan jauh.

Latar belakang forum ni juga adalah dari laporan bahawa kurangnya peningkatan GDP dari tahun 2014 ke 2015 iaitu dari 6% ke 5%. Ini menimbulkan tanda tanya: sama ada kita akan bertemu sebuah titik maksimum tak lama lagi. Namun soalan itu lebih sesuai dijawab oleh pakar ekonomi, dan jawapannya sudah tentu bergantung kepada situasi. Menurut Datuk Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI, eksport kita lebih banyak bergantung pada bahan mentah dan value-added commodity. Barang-barang seperti ini tidak memerlukan teknologi-teknologi canggih untuk dihasilkan, maka supply pun banyak dalam pasaran. Apabila supply sudah banyak di pasaran, kita tak dapat jual dengan lebih mahal. Secara fizikalnya, Malaysia perlu berubah kepada negara yang membekalkan barangan berasaskan demand. Ini bermaksud keperluan untuk menghasilkan barangan eksport yang high value yang tentunya memerlukan teknologi yang tinggi.

Secara bukan fizikal, kita perlu meningkatkan ekonomi di dalam sektor servis – hospitality, perundingan, kewangan, IT, software dan lain-lain. Secara amnya servis-servis yang meningkatkan productiviti dari segi prosedur dan penyelesaian. Pentingnya peningkatan dalam sektor ekonomi ialah kerana ia membentuk sebahagian besar ekonomi dunia. Namun kualiti kita dalam sektor ini masih tak begitu baik, maka tak banyak yang dapat disumbangkan  kepada ekonomi negara.

Satu perkara yang banyak disebut sepanjang forum adalah digital economy – sama ada dari segi capitalizing, data policy atau entrepreneurship. Definisi digital economy tidak begitu dibincangkan di sini, namun dari segi perbincangan, ia lebih cenderung kepada penghasilan servis berasaskan dunia digital. Ia mungkin agak baru, tetapi tidaklah begitu asing di Malaysia. Ia juga merupakan ekonomi yang sedang giat berkembang di sini. Bajet 2017 juga mengumumkan Digital Free Zone dan perancangan untuk meningkatkan infrastruktur jalur lebar supaya kelajuan internet menjadi lebih laju pada harga yang sama.  Dalam bajet yang sama kita akan menggunakan khidmat Jack Ma, pengasas AliBaba sebagai penasihat ekonomi digital untuk Malaysia. Di sini dapat kita lihat kecenderungan kerajaan dalam mengimarahkan ekonomi digital.

Secara keseluruhannya, kebanyakan perkara yang dibincangkan bukanlah perkara baru, namun ianya dapat memberikan pengetahuan lebih mendalam yang dibincangkan dari pelbagai sudut yang berbeza. Sama-samalah kita lihat bagaimana berkembangnya ekonomi digital seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *