gate japanese
bahasa

Perkara yang Perlu Tahu Untuk Belajar Bahasa Jepun

Aku mula belajar bahasa Jepun sejak awal tahun 2017. Sekarang ni Alhamdulillah masih continue belajar. Kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman belajar bahasa Jepun dan apa persediaan korang kalau nak ambil kelas Jepun. Of course, sharing aku ni takde lah complete, sedangkan ramai lagi yang fasih bertahun-tahun cakap Jepun pun belum mengaku hebat. Anyway, dekat sini aku try tuliskan perkara yang kau kena tahu untuk belajar Bahasa Jepun.

1. Objektif Pembelajaran

Pertama sekali kau kena tepuk dada tanya kenapa kau nak belajar Jepun. Adakah suka-suka ataupun sebab minat, mungkin juga kau ada nak travel ke Jepun, ataupun mungkin kau serius nak belajar untuk bina kerjaya. Kalau untuk suka-suka mungkin okay lagi boleh belajar sendiri (tapi dengan bantuan buku teks lah). Kalau kau serius nak belajar untuk bina kerjaya, aku rasa better kalau kau masuk kelas.

Untuk yang serius atau lebih specific nak bina kerjaya, aku suggest kau aim untuk JLPT (Japanese Language Proficiency Test). Dia ada 5 level. Paling beginner N5, paling power N1. Biasanya working proficiency tu ada dekat N1 atau N2. N3 lebih kurang kau tahu perbualan harian, N4 kau dah cover basic. Apa pun, guide ni boleh bagi kau starting point lah untuk ke kelas ke ataupun belajar sendiri.

2. Mula Dengan Kana

Kana ni adalah nama sistem tulisan Jepun berdasarkan bunyi, contohnya  わ adalah bunyi untuk wa, た untuk ta, し untuk shi… Ada dua jenis Kana, iaitu hiragana yang biasa digunakan untuk ejaan Bahasa Jepun, dan katakana untuk ejaan bahasa pinjaman. So contohnya perkataan arigatou (ありがとう) ditulis dalam hiragana, dan Malaysia (マレーシア) ditulis dalam katakana. Wajib tahu baca Kana untuk teruskan belajar lebih mendalam lagi. Lagipun, aku rasa apa-apa bahasa pun dia punya starting point adalah mengenal huruf (ataupun bunyi yang ada) barulah kau boleh kenal suku kata dan bunyi dalam bahasa tu.

Antara cara yang boleh membantu kau hafal kana ni adalah dengan kaedah mnemonic iaitu bentuk tulisan tu dikaitkan dengan sesuatu bentuk yang lain, contohnya cerita, lagu atau grafik supaya memudahkan ingatan. Selain tu, elok juga praktiskan menulis tulisan kana. Cara ni juga membantu kau ingat tulisan dia. Tulisan Jepun ni ada cara tulis dia. Kena ikut urutan stroke dia, barulah betul tulisan tu. Lagi satu cara lain yang aku buat dulu adalah dengan guna app untuk test ingatan aku. Yang ini boleh cari sendiri dekat app store. Macam-macam ada.

ね: kucing disebut neko (ねこ) dalam Bahasa Jepun
Sumber

3. Kenal Struktur Ayat

Kau kena tahu susunan ayat dalam bahasa Jepun. Sementara Bahasa Melayu dan English berstrukturkan SVO, ayat dalam Bahasa Jepun disusun ikut struktur SOV (Subject-Object-Verb). Contoh ayat:

わたし  にほんご  べんきょうしています
watashi (S) wa nihonggo (O) wo benkyou shite imasu (V)
Saya (S) sedang belajar (V) Bahasa Jepun (O)
I (S) am learning (V) Japanese (O)

Dari ayat atas ni, は digunakan sebagai penanda topik, dan を sebagai penanda object. Secara umum, kita panggil dia sebagai particles. Ada banyak lagi particles yang wujud dalam bahasa Jepun. Contohnya へ、に、で、dan lain-lain. Masing-masing ada penggunaannya sendiri. Elok jugak kau belajar penggunaan particles ni. Agak penting untuk bina ayat. Lagi-lagi kalau kau nak menyatakan arah, masa, perbuatan dan sebagainya.

4. Particles

Particles ni digunakan sebagai kata penghubung ataupun penanda kepada suatu subjek, objek, kata kerja, masa, arah dan sebagainya. Dia agak penting untuk memberikan suatu konteks kepada ayat. Makin tinggi tahap pembelajaran nanti, kau akan tahu macam-macam cara satu particle tu boleh digunakan.

Contohnya, 。。。は boleh digunakan untuk penanda subjek, tapi makin lama kau jugak akan belajar 。。。は、。。。は boleh digunakan untuk membuat perbandingan kontras. So aku rasakan particles ni kau tak perlu rasa macam kena tahu semua. Stick dengan apa yang kau tahu je dulu. Bila masuk tajuk baru nanti baru lah kau belajar penggunaan lain untuk mengelakkan pening kepala.

5. Perbendaharaan Kata

Dari sini kau boleh explore sendiri perbendaharaan kata atau vocabulary Bahasa Jepun. Cari lah perkataan yang biasa digunakan seharian. Listkan at least setiap 50 perkataan daripada noun, verb, adjective, direction dan sewaktu dengannya. Kalau banyak sangat try 10 dulu setiap kategori ikut kau punya minat. Orang kata dengan minat ni boleh pergi jauh, dan aku rasa lagi banyak lekat jugak dalam kepala. So baik juga kau ikut minat. Proses ni kau kena sentiasa buat supaya dapat tahu dalam hati dan otak apa maksud suatu perkataan tu.

6. Belajar Ikut Buku

Belajar sendiri kadang-kadang kurang efficient. Boleh jadi kau missed out banyak benda sebab pembelajaran tak tersusun. So untuk elakkan benda ni terjadi, better kalau kau ada buku sebagai syllabus. Aku tahu ada 2 jenis cabang lah dalam syllabus ni. Satu cover basic by basic (lebih kepada practical knowledge), satu lagi cover by JLPT level.

Kalau ikut basic by basic, mungkin kau boleh follow buku Minna no Nihongo, Genki, atau Japanese for Busy People. Kalau ikut JLPT level boleh ikut Try! N5 sampailah Try! N1. Dalam ni pun ada JLPT mock test siap dengan CD untuk listening test. Ini cuma contoh dari pengetahuan aku. Kau boleh explore buku apa yang sesuai dengan cita rasa.

7. Masuk Kelas Jepun

Antara benefit lain pergi kelas Bahasa Jepun (especially yang ada cikgu native Jepun) ialah environment itu sendiri. Aku pernah rasa tiga situasi. Pertama, cikgu Jepun tapi medium pembelajaran dia campur Jepun dengan English. Kalau kau tahap new beginner (maknanya sangat baru) aku rasa memang sangat membantu. Sebabnya kau belum tahu banyak perkataan Jepun, tapi dalam masa yang sama sensei kau boleh explain pasal custom, etiquette dan penggunaan volabulary.

Situasi kedua adalah cikgu local tapi pernah tinggal dekat Jepun. Dalam situasi macam ni, ada kemungkinan kau akan cakap dengan cikgu kau guna bahasa sendiri. Tapi yang bagusnya cikgu kau tahu perspektif orang yang tak cakap Jepun tapi nak belajar Jepun. So ada kemungkinan cara pembelajaran tu pun sesuai dengan kau.

Situasi ketiga adalah cikgu Jepun dan medium pembelajaran pun Jepun. Yang ini agak mencabar sebab kau kena tahu jugak vocabulary yang cikgu kau guna. Tapi yang bagusnya kau akan lebih familiar dengan penggunaan vocabulary Jepun dan environment kau sangat sesuai untuk belajar lagi banyak pasal Bahasa Jepun.

Akhir kata

So aku dah bagi banyak tips dekat atas. Kebanyakannya dari pengalaman aku sendiri. Guide ni pun bukan semestinya korang ikut. Lain orang mungkin pace dia lain. Tapi bagi aku paling penting poin nombor 2 dekat atas ni. Kana ni kalau dalam kelas yang aku pernah pergi, masa yang kita invest tak lama pun. Satu kelas je, lepas tu terus kena pandai (dan aku sendiri pun push aku punya pace sebab memang nak cepat pandai). So lebih baik kana ni belajar sendiri je, barulah senang kau belajar yang lagi dalam.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *