Politik

TS Muhyiddin Sebagai PM ke-8

Politik ni penuh dengan drama. Sebagai rakyat marhaen ni, aku tak tahu lah macam mana konteks penuh drama tu macam mana, sebab nampak sangat mengelirukan. Kejap bergabung, kejap bergaduh. Kejap berpecah, kejap sokong. Kejap sokong, kejap khianat. Nak nilai macam mana pun tak tahu, tapi ada beberapa yang aku rasa boleh disebut di sini.

Mahathir bermain jawatan

Mahathir ni aku rasa penyebab terbesar krisis politik yang menyebabkan kerajaan bertukar tangan. Masa dia letak jawatan, dia ada cita-cita lain iaitu nak jadi PM kepada parlimen yang tak ada kerajaan majoriti. Kalau atas kertas dan penjelasan neutral memang nampak macam tak ada masalah. Tapi dengan Mahathir yang menampuk pemerintahan, siapa boleh sangka apa yang dia boleh buat dengan kuasa pemerintahan tu. So pendek kata, Mahathir ni penyebab kejatuhan kerajaan, dan eloklah dia bersara je.

Anwar Mandat Rakyat

PH kata Anwar sebagai PM adalah untuk memenuhi mandat rakyat. Tapi adakah penyusunan ini rakyat yang mintak? Mungkin masa tu kita tak nampak siapa lagi yang berpotensi jadi PM, maka Anwar saja lah yang jadi tumpuan. Tapi sejak PH jadi kerajaan, dan Anwar jadi menteri, tak dengar pula apa yang diperjuangkan. Yang dengarnya gaduh sana sini dalam parti sendiri. Kalau tak gaduh, cakap pasal jawatan PM.

Bersatu pengkhianat

PH kata kerajaan mereka adalah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat maka kerajaan pintu belakang ni adalah mengkhianati mandat rakyat. Ya, memang PH diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara ni. Tapi banyak masalah yang tak ditangani dengan betul, contohnya masalah sentimen perkauman, isu pendidikan dan masalah kewangan terutamanya. Aku rasa ini adalah isu paling terkesan yang menyebabkan mandat ni eloklah ditarik balik.

Aku rasa isu kewangan negara serius sebab dia memberi kesan satu negara. Mansuhkan GST sebab ikutkan sangat manifesto, sumber kewangan negara berkurang, projek infrastruktur pun tak dapat berjalan. Macam-macam jugak lah yang tak dapat berjalan disebabkan kesempitan wang ni. Ye lah, faham mereka perjuangkan GST sebab kononnya dapat kurangkan beban rakyat. Inilah juga modal mereka nak jatuhkan kerajaan dulu. Tapi kalau kerajaan terbeban, semua benda dia berkira-kira nak spend. Lagi susah satu negara.

Muhyiddin Pengkhianat

Point ni sambungan dari yang tadi, cuma nak mengolah dari naratif PH pula lepas ditarik mandatnya sebagai kerajaan. Of course, diorang akan salahkan Muhyiddin sebab sekarang beliau dah jadi Perdana Menteri. Tapi, kalau Muhyiddin dah cakap nak lantik menteri yang bersih kes PDRM, SPRM, bukan ke ini yang rakyat nak? Sebagai rakyat, aku tengok sikap salah-menyalahkan orang ni adalah sangat petty. Tak patut ada perangai ni kalau nak perjuangkan untuk rakyat.

Move On

Kalau asyik bergaduh sebutkan benda yang lepas, sampai bila pun takkan habis. Kalau dah tak suka sesama yang tak suka tu ada je isu yang akan ditimbulkan sama ada baru atau lama. Kalau nak jadi petty, silakan gaduh pasal sekecil-kecil isu.

Politics aside, tengok apa yang negara perlukan. Bila ada pemimpin yang corrupt, jadikan isytihar harta, tapisan SPRM, PDRM tu wajib untuk join politik. Bila negara tak cukup duit, laksanakan percukaian yang patut. Bukan ikat perut sampai negara tak membangun.

Kerajaan baru ni dah pasti. PH sendiri yang menyebabkan kejatuhan kerajaan mereka. Sekarang terimalah situasi ni. Tak payah duk mengungkit apa yang korang rasa tak betul. Tak payah buang masa nak buat undi tak percaya. Habis seminggu drama politik sampai pasaran saham jatuh untuk apa? Untuk buat election baru? Bila ada election baru PH ingat dia boleh menang ke?

Akhir sekali, benda dah berlaku. Cara lantikan Muhyiddin memang agak luar biasa. Tapi beliau dilantik secara sah boleh YDPA. Jadi anggaplah perkara ini dah selesai. Kita tengok apa yang kabinet Muhyiddin boleh bagi pada rakyat. Dan yang paling penting, semoga politik di Malaysia menjadi lebih matang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *