Info

Transport

Yea kali ni aku akan cakap pasal transport. Rasanya semua orang yang amik SPM ada tulis pasal transport dalam subjek Bahasa Melayu or English diorang. Karangan yang membincangkan mana yang lebih bagus: kenderaan awam or kenderaan sendiri. So biasanya jawapan SPM aku naik kenderaan awam lagi bagus. Tak tahu lah macam mana pulak dengan orang lain.

Akan tetapi, sekarang ni aku ubah pendirian.. Maksudnya aku nak cakap naik kenderaan sendiri is better than naik kenderaan awam. Sebab? Sebabnya naik kenderaan awam di Malaysia adalah leceh, tak user-friendly, tak organized, dan tak banyak improvement.

Leceh
Fokus utama point ni adalah ditujukan khas kepada bas awam terutamanya Metrobus. Well, maybe sebab salah planning jugak. Leceh sebab kalau nak naik bas dia suka lencong kawasan dalam-dalam. So dari perjalanan yang boleh sampai 10 minit jadi lah 30 minit. Tapi disebabkan itu je means of transport yang ade, so no choice lah.

Tak user-friendly
Syarikat-syarikat bas ni bukan nak jaga hati penumpang sangat pun. Cuba la naik Metrobus. Tahu nak untung je. Amik penumpang entah sampai sardin pun boleh jadi bubur sardin agaknya. Kalau dah full tu takpayah la binasakan lagi penumpang kat dalam tu. Nak penumpang lebih upgrade lah bas tu. Lagi satu masalah yang berkaitan, takde jadual yang fixed. Well maybe ada tapi mana? Elok betul lah tu hantar 1 bas setiap setengah jam. Kadang-kadang takde service. Tunggu lah sampai berbulu. Memang aku duduk Malaysia sebab nak tunggu naik bas pun.

Tak organized.
Nak pergi mana-mana tempat yang lepas tol susah nak dapat bas. Kalau ada pun sikit je. Nak gerak from Puchong ke Subang boleh naik bas mini aje. Then kalau tengok KL Monorail tu dah cukup cantik gerabak dia. Tapi sayang stesyen dia dua kali lagi panjang dari gerabak Monorail tu. Tak ke sayang ruang tu? Padahal Monorail tu penuh je selalu.

Tak banyak improvement
Contohnya Metrobus. Dari dulu kini dan selamanya memang macam tu je lah bas dia. Main Station pun takde. Kalau RapidKL tu at least ade jugak lah sekarang pakai TouchnGo. Then station pun adacontohnya  kat Puchong Utama tu. Kat KL pun ada kat Pasar Seni tu. Tapi masalahnya tempat tu crowded so kalau banyak bas memang block jalan lah.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *