Info,  Life,  Website

Habuk

Sejak kebelakangan ni aku sibuk dengan kerja yang belum mampu menjamin apa-apa. Aku ada bukak publishing blog yang berfokus dalam bulatan negara Malaysia, malaysiaacademia.com. Dengan harapan dapat membuka minda lebih ramai orang Malaysia tentang keadaan negara dan bagaimana kita boleh menyumbang ke arah menjadi negara maju. Aku rasa negara maju perlu didefinisikan lebih dahulu sebab pada aku, pendapat umum negara maju tu bermaksud negara yang kaya. Tapi negara kita pun kaya jugak, lebih kaya dari Singapore. Cuma disebabkan penduduk kita lagi ramai, maka GDP kita berada di tahap lebih rendah sebab kekayaan itu dibahagi dengan jumlah populasi yang jauh lagi ramai dari Singapore. Bagi aku negara maju tu berteknologi tinggi, nilai matawang tinggi, dan tahap intelek pun tinggi lah.

Malaysia Academia

Tapi harapan yang paling aku nak tengok adalah currency MYR naik ke level Australia gitu. Maknanya kalau seringgit Malaysia dapat sedollar Australia. Harapan tinggi menggunung. Tak mungkin dapat dicapai dengan menulis saje. Tapi buat masa ni, kebanyakan perkara yang aku buat akan berpandukan harapan yang satu ni lah. Supaya rakyat Malaysia ni lebih mampu dari segi ekonomi. Ini based on gaji sebulan $3000 yang mampu beli iPhone dalam harga $700 berbanding gaji RM 3000 nak beli iPhone RM 3000. Kenapa nak kena compare dengan iPhone pun aku tak tahu. Tapi kuasa membeli yang macam tu lah situasinya lebih kurang. Kalau nak travel tu senang hati lah bila currency lain terasa murah..

kain shop

Satu lagi website yang aku buat adalah kainshop.com yang mana aku harap dapatlah aku jual kain pelikat yang aku buat stok haritu. Ini kalau takde sambutan aku sanggup bukak free je kalau ada sesiapa yang nak jual kain dia. Lagipun aku mana ada masa nak buat semua ni. Makan masa wei. Nak kena upload gambar satu per satu produk tu. Dan memandangkan aku dah nampak selok-belok bisnes membuat website ni, aku rasa ini merupakan direction aku yang seterusnya lah. Bukan susah pun. Semuanya pakai wordpress je, cari web hosting kejap, bayar/invest dalam satu server, install kejap, boom – siap..

Next adalah menghidupkan semula website ni. Disebabkan direction aku ke arah membuat website, haruslah share sikit-sikit tips yang aku tahu pasal nak buat website ni. Dengan harapan makin tambah lah trafik ke blog aku ni, lepas tu buat magic sikit dapat lah income sikit-sikit. Aku tengah fikir nak buat affiliate.. So far tengah survey affiliate mana yang best dan sesuai untuk blog aku ni. Aku ingat macam menyesal pulak import content lama dari blogspot walaupun boleh je kalau aku nak delete pun. Tapi takpe lah, biar korang baca pasal life aku – yang mana best dan tak best jugak lah. Harap-harap traffic naik kah3…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *