Website

Website yang Kau Boleh Buat Dengan WordPress

Ada banyak jenis website yang kau boleh bina dengan WordPress. Jenis blog dah tentu boleh sebab blog ni memang fungsi paling asas untuk WordPress. Antara lain jenis website yang kau boleh buat ialah e-commerce, listing, komuniti, korporat dan lain-lain. Dan sebenarnya dia boleh dibuat walaupun dengan hanya menggunakan template percuma. Dah tentu dengan template berbayar kau boleh dapat template yang lagi cantik. Dia bergantung kepada komitmen (bajet) kau atau klien untuk projek tersebut. Dan kalau kau orang baru (newbie) bagus jugak kau explore dulu tanpa beli apa-apa yang mahal. Kau dah sedia nak buat bisnes nanti barulah guna template beli.

Syarikat Besar

Dekat sini aku nak tunjuk yang syarikat besar-besar pun ada guna WordPress. Antara syarikat besar yang berkembang dari penggunaan WordPress ialah eBay, LinkedIn, TechCrunch dan Foursquare. Untuk senarai yang lagi panjang, kau boleh tengok dekat laman web StackShare yang ada paparkan platform-platform yang menjadi rangka kepada macam-macam aplikasi dan syarikat sesawang (website lah kalau ikut cakap orang putih). Namun buat masa ini, baik kita fokus dekat penggunaan Wordpress yang lebih ringkas.

Website Blog

Macam yang aku sebut tadi, ada template yang percuma dan berbayar. Kalau kau dah mula gunakan WordPress, kau boleh pergi ke tab Appearance > Theme di sidebar laman admin kau. Ada banyak template yang cukup cantik (yang memadai) kau boleh jumpa untuk penggunaan website jenis blog. Tapi, kalau ada bajet lebih dan nakkan blog yang lagi cantik, silalah gunakan template yang berbayar. Ada banyak tempat kau boleh cari template sama ada percuma atau berbayar, antaranya ThemeForest, ElegantThemes, TemplateMonster, dan macam-macam lagi.

Website E-Commerce

Untuk buat website jenis e-commerce, ada plugin yang kau kena pasang sebabnya penggunaan asas WordPress tak termasuk fungsi e-commerce. Contohnya, fungsi bakul membeli (shopping cart), laman (site) produk, payment gateway (kaunter checkout), pengurusan tempahan dan pengurusan stok takde dalam penggunaan asas WordPress. Takde!!

So untuk e-commerce ni, plugin paling bagus dan diguna pakai secara meluas setakat ini ialah WooCommerce. Dia dilengkapi dengan fungsi-fungsi yang disebut tadi, dan ada banyak template yang dibuat untuk plugin ini oleh komuniti WordPress (disebabkan ramai orang guna). Untuk dapatkan plugin WooCommerce, kau boleh cari dekat tab Plugins > Add New dekat kau punya sidebar.

Macam untuk website jenis blog jugak, ada template e-commerce yang percuma, dan ada yang kena beli. Untuk dapatkan template dia kau boleh cari keyword WooCommerce dekat carian Themes.

Template dari store

Website Korporat

Website korporat ni senang ceritanya website company lah. Biasanya website ni bersiffat statik. Maksudnya konten dia tak berubah sangat, dan kau pun tak tulis blog sangat ke dalam website ni. Lain lah kalau company besar. Kadang-kadang nak kena update job vacancy, ade berita terbaru ke, banner baru ke.. dan sebagainya. Biasanya kau kena pandai copywriting dan website kena cantik. Ye lah, kena tunjuk impression yang company tu ada good vibes. Dari website ni jugak orang akan judge company tu dari rupa website (yang up-to-date) dan cukup info yang diperlukan.

Website Listing

Website jenis listing ni pada aku lebih kepada senarai produk yang ada banyak data dan kategori. Kau guna plugin ni katakanlah untuk masukkan Projek Perumahan X dalam senarai kau. So bila kau create projek ni, kau kena lah masukkan semua data yang berkaitan, contohnya rumah jenis apa, berapa kaki persegi, lokasi, harga dan sewaktu dengannya. Kau tak boleh beli terus pun dari listing ni, sebab dia berguna untuk kumpulkan maklumat sesuatu produk je. Dan senarai ni kau boleh filter dengan tag atau kategori yang kau masukkan tadi. So sesuai lah kalau kau nak bukak website hartanah, iklan kerja, iklan kelas ke dan sewaktu dengannya lah.


So itu lah antara website-website yang kau boleh buat dengan WordPress. Ada banyak lagi website yang kau boleh buat tanpa gunakan duit yang banyak. Langkah pertama dia adalah untuk install WordPress dulu. Dari situ, macam-macam kau boleh explore. Jangan risau, plugin ade. Jadi, aku ucapkan selamat mencuba untuk apapun jenis website yang kau ingin buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *