Home

Tips Beli Mesin Basuh dan Peti Ais

Disebabkan haritu aku baru je beli peti ais dan mesin basuh, kali ni aku nak share tips nak beli mesin basuh dan jugak peti ais lah. Supaya senang hidup korang nanti.

Disclaimer: Aku bukanlah yang paling pakar untuk tulis pasal ni. Tapi aku saja nak kongsi lepas beli dua perkakas rumah yang paling penting ni. Dekat sini ada yang aku belajar masa nak beli. Ada jugak yang aku google lepas beli.

Sebelum beli

  1. Make sure dah ukur siap-siap rumah kau punya ruang untuk perkakas rumah yang dua ni. Dia akan makan space yang banyak. Elok siap ukur dekat tape, lepas tu pergi kedai nanti bawak terus tape tu.
  2. Kalau korang ada cash paling bagus lah. Tapi kalau takde, siap-siap lah apply kad kredit dulu. Kat sini aku tak perlu bahas lah pasal pandai ke tak pandai kau pakai kad kredit. Paling pandai kalau kau beli perkakas rumah ni yang ada offer 0% interest. Lepas tu kau adjust la bayar bulan-bulan ikut kemampuan.
  3. Power source. Yang ini kalau takde, kau kena kreatif sikit lah. Beli extension yang single output tu. Jangan kau kongsi extension yang ada 2, 3 output tu. Nanti ada suis yang tendang pulak.
  4. Dalam kes mesin basuh, make sure kau ada sumber air. Kalau jauh sangat, beli inlet hose sampai 5 meter pun ada dekat The Living Depot. Kedai lain biasa jual 3 ke 3.5 meter je maksimum.
  5. Paling senang kau cari je dekat kedai elektrik. Senheng ke, Harvey Norman ke. Pasal banyak choice, dan senang kau nak buat pilihan dan survey harga. Kalau dah jumpa mana yang berkenan barulah kau rajinkan diri cari tempat murah. Tapi senang kau compare online je lah. Jimat minyak.

Mesin Basuh

  1. First sekali kau kena decide sama ada nak beli yang top load atau front load. Ini adalah tempat masuk korang masukkan baju. Dah tentu kalau kau pakai top load, kau akan buat kerja berdiri. Kalau front load, kau kena menonggeng atau membongkok sikit lah. Ini aku baru perasan bila puan isteri cakap. Kalau kau nak baca beza top load atau front load dari segi kesan terhadap baju, mintak maaf aku pun tak berapa nak kisah. Asalkan mesin tu boleh basuh baju aku sudah.
  2. Zaman sekarang ni drum mesin basuh ni pakai material stainless steel je. Drum ni merujuk kepada dinding dalam mesin basuh tu. Part ni lah yang akan menampung beban bila mesin basuh kau pusingkan baju untuk buangkan air dari baju tu. Masa baju kau basah lagi la dia berat. Jadinya eloklah drum dia diperbuat dari stainless steel untuk tahan lama, tak karat dan tak pecah.
  3. Beban yang boleh ditampung. Semua mesin basuh akan bagitahu berapa kilo beban dia boleh tampung untuk buat kerja. Berapa kilo nak beli tu ikutlah penggunaan. Aku masa nak beli tu tanya lah mak aku pasal dia yang lebih maklum pasal mesin basuh ni. Katanya kalau nak basuh comforter pun paling kurang kena 11 kg ke camtu. Aku pun tak berapa ingat pasal aku pun dah beli. Tapi tengok jugak kadang-kadang ada yang rujuk berat tu baju sahaja. Ada yang rujuk kepada berat baju tambah air. So elok tanya orang kedai atau sesiapa yang pakar.
  4. Setting atau configuration untuk jenis basuhan pun penting jugak. Lagi bagus kalau washer tu ada setting untuk jenis basuhan yang berlainan. Contohnya ada setting untuk basuh baju, setting untuk comforter, kotoran degil dan lain-lain. Pasalnya untuk dapatkan efficiency atau keberkesanan yang maksimum lah.

Itu yang aku boleh fikir buat masa ni untuk mesin basuh.

Next, kita teruskan dengan peti ais pulak.

Peti Ais

  1. Design peti ais secara teknikalnya berbeza dari segi penyusunan pintu. Ada yang dua pintu atas bawah, ada yang yang dua pintu jugak, tapi disusun kiri kanan. Ada yang freezer duduk ruang bawah, ada yang freezer duduk ruang atas. Susunan pintu ni akan mengakibatkan sama ada kau perlu bongkok untuk ambil makanan atau tidak. Dan juga perlu diingat, lagi banyak ruang udara yang terdedah bila kau buka pintu, lagi banyak tenaga yang perlu digunakan peti ais kau tu untuk penyejukan semula.
  2. Volume muatan. Untuk tinggal berdua, peti ais muatan 200 liter ke bawah mungkin dah cukup. Tapi kalau plan nak beli untuk pakai lama, beli je terus yang 400 liter ke atas.
  3. Mungkin jugak kau nak ada ciri tambahan dekat peti ais kau. Antara ciri tambahan yang ada di pasaran termasuklah dispenser air dan juga ais. Ada jugak yang ada display touch LCD untuk setting mode peti ais. Sebenarnya tak perlu sampai LCD, buat mahal je. Asal boleh tekan mode sudah.

Komen

Ada beberapa perkara yang aku tak masuk kat sini sebab perkara common. Faktor lain yang menyebabkan kau pilih perkakas yang kau nak beli tu mungkin jugak sebab dia jimat tenaga. Aku takde nak suruh pilih KWh paling rendah ke apa, cuma bersederhana lah dalam menapis.

Selain rating KWh, kau juga nak tengok dekat teknologi yang sekarang orang kata smart ataupun eco. Teknologi pintar ni boleh selamatkan duit kau apabila dia guna tenaga yang cukup setakat perlu saja.

Aku rasa itu saja setakat ni. Harapnya penulisan ni bermanfaat untuk kau buat jadi pedoman.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *