Life,  Words

Summer

Summer ialah musim panas. Ok semua orang tahu. BTW untuk semester summer ni aku amik subjek Anthropology, Religion dan Mechanics. Sebenarnya aku takde la nak amik subjek anthropology, tapi since tersilap pilih course, terkonfius dengan sociology, maka teramik lah anthropology. Bagi sesiapa yang tak tahu and nak tahu apa dia anthropology, let me tell you about it. Anthropology ni macam jalan kira untuk soalan “bagaimana manusia wujud?”. Dalam course ni korang akan belajar bahawa manusia evolve dari homo-macam-macam ke homo-itu-ini sampai lah jadi homo sapiens. Kalau rajin nak hafal semua homo-homo tu boleh la try course ni. Tapi kalau rasa taknak peningkan kepala baik tak payah la. And btw, manusia zaman Paleolitik, Mesolitik etc tu berasalnye dari teori Darwin.

Neanderthal

Course religion yang aku amik ni pulak adalah pasal tiga agama iaitu Judaism, Christianity and Islam. Kalau sesiapa yang belum tahu or nak tahu, ketiga-tiga agama ni ade persamaan iaitu disampaikan oleh nabi-nabi Allah.  Nama agama Judaism atau Christianity takde pun mana-mana dalam kitab mereka sendiri, tapi kita refer agama-agama itu as it is. So Judaism asalnya disampaikan oleh Nabi Musa a.s. and Christianity oleh Nabi Isa a.s. Kalau terdengar agama-agama ni jangan lah prejudis sangat or being judgmental. Christianity is a missionary religion. Agama diorang untuk didakwah. So memang lah mereka akan berusaha untuk convertkan seberapa ramai manusia yang boleh. Jangan lah mereka-reka cerita yang mengarut pasal agama mereka. Kepada umat Islam jangan lah asyik fikir takut diconvertkan. Pandai-pandai la dalami ilmu agama. Ok taknak tulis panjang sangat pasal ni.

Next is Mechanics. Ini adalah subjek repeat (boo). Aku repeat sebab nak bagi result lagi lawa. Jangan ingat aku repeat sebab fail (hihi). Result sebelum ni B- plannye nak tukar ke A. Macam tak payah repeat pun takpe kan? Anyways, aku dah drop Anthropology sebab malas nak peningkan kepala walaupun sebab sebenarnye test tak perform. So subjek yang tinggal cuma Religion and Mechanics. Exam Religion is on 24/6 and Mechanics on 29/6. Well GL and HF to meeeeeeee…

p/s: Feels good to be blogging again.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *