Life,  Words

Ramadan

Okay since dah masuk bulan puasa ni macam tak sah jugak la tak post pasal bulan Ramadan. Pasni Anas mesti bising aku post pasal Ramadan..

Agak lambat post pasal Ramadan kali ni. Maybe sebab nothing new kot. Tahun lepas puasa kat Taylors. I mean kat Casa Subang ler… Tahun ni puasa kat rumah di Malaysia.. Woohoo! So bila kata puasa kat Malaysia ni maka student2 Malaysia yang study oversea mesti terbayang-bayang akan makanan Malaysia yang heaven-heaven semuanya. Betul aku cakap. Makanan kat Malaysia ni memang heaven gila. Ada Western, Chinese, Indian, Malay and macam-macam lagi local food. Dengan kuihnya lagi, cendolnya, laksa johor, mee goreng mamak, nasik goreng pattaya, ayam masak merah, macam-macam lagi lah. Harga pun murah..

Kuih sampan or kuih tepung pelita? Tak kisahlah nanti makan jugak kan?

Kalau study luar negara apa je lah ada… Shawarma and sushi je kot.. Tu pun mahal.. Kalau makan kat rumah sama ada sup, kurma or kari je… Ini kes malas cari resipi baru ler tuu… So anyways, marilah kita semua menambahkan amal di bulan Ramadan ini. Orang kata buat amal bagai nak shopping spree. Ye lah kan semua amal digandakan pahala.

Di sini dapatlah kita lihat betapa pemurahnya Allah swt. Kita buat amal sikit pun dah boleh dapat banyak pahala. Contohnya lah, kalau ada orang buat majlis berbuka tu amik lah kesempatan belanja kuih-muih. InsyaAllah dapat pahala puasa orang yang makan kuih tu. Tak gitu? Tak pun suapkan member makan kurma secara paksa wahaha.. So nanti dapat lah member punya pahala puasa, secara paksa lol. Gurau2..

Anyways, nak khatam Quran tu macam tak mampu lah kan, so lebih elok jadikan bulan ni sebagai starting untuk istiqamah baca Quran. Sila amalkan. Boleh la aku dapat pahala.. Kui3 macam tak betul cara lah pulak.. Okaylah sebelum mengarut lebih panjang baik aku stop.. So renung-renungkan dan selamat beramal, dan selamat berpuasa. Jangan ponteng puasa dan jangan lupa sahur.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *