Accessibility,  Canada,  Multiethnicity

Pengenalan Kepada Canada

Memandangkan ini merupakan entry pertama, mungkin kita boleh warm-up dengan beberapa pengenalan mengenai Canada.

Canada merupakan negara kedua terbesar selepas Rusia. Luas Canada ialah 9,984,670 km persegi iaitu lebih 30 kali lebih luas dari Malaysia yang berukuran 330,803 km persegi. Walaupun Canada jauh lebih besar dari Malaysia, populasi penduduk di Canada hanyalah 35.9 juta berbanding 30.3 juta penduduk di Malaysia. Ia menjadikan kepadatan Canada 3.94 orang setiap kilometer persegi dan 92.32 orang untuk kepadatan penduduk di Malaysia.

Canada merupakan negara yang diduduki oleh pelbagai kaum. Ia merupakan sebuah case study yang bagus kepada sesiapa yang ingin mengkaji keharmonian sosial dan kepelbagaian etnik/kaum. Mungkin di Malaysia kita boleh berbangga dengan amannya hidup berbilang kaum Melayu, Cina, India dan ‘lain-lain’. Tetapi mereka di Canada juga boleh berbangga dengan adanya Canadian, French, African, Pak Arab, Somali, Chinese, Indian, ‘lain-lain’ dan juga pelbagai lagi kaum yang hidup dalam harmoni.

Boleh dikatakan di sini amat jarang sekali pergaduhan yang melibatkan perkauman atau keagamaan. Tak dinafikan di mana-mana pun tentu ada juga sebahagian kecil komuniti yang menjadi kambing hitam dalam sesebuah komuniti, namun amat jarang berlaku. Mereka dikenali dengan budaya mereka yang tinggi seperti menahan pintu untuk orang yang dekat, mengucapkan terima kasih, meminta maaf pada sekecil-kecil hal (yang kadang-kadang bukan salah mereka pun), mengemas meja makan di kedai makan selepas makan, dan pelbagai lagi budi bahasa yang mungkin susah nak jumpa di Malaysia.

Manner level: Canadian
Manner level: Canadian

Ya, mungkin ianya agak tidak adil untuk membandingkan antara negara maju dengan negara membangun. Namun ia boleh menjadi suatu model yang kita boleh contohi. Antara contoh lain adalah kemudahan OKU di Canada. Di sini, kita boleh lihat ramainya OKU ‘berjalan’ seorang diri tanpa bantuan orang lain. ‘Berjalan’ di sini tak semestinya bermaksud berjalan menggunakan kaki. Mereka mampu berkerusi roda ke mana-mana seorang diri kerana tersedianya kemudahan butang/suis buka pintu. Dari segi kemudahan pada pengangkutan awam, Malaysia tidak kurang lengkap juga menyediakan kemudahan untuk OKU, cuma jarang kelihatan (kalau ada pun) OKU yang berkerusi roda untuk menaiki pengangkutan awam. Mungkin kerana secara amnya, amat susah untuk OKU berjalan di Malaysia kerana kurangnya kemudahan berjalan kaki hatta untuk yang bukan OKU sekali pun.

Tujuan post ni ditulis adalah supaya kita boleh mengambil contoh bahawa adanya sebuah persekitaran yang sangat baik untuk sekalian lapisan masyarakat. Semoga yang baik boleh juga kita amalkan ikut kemampuan kita. Semoga kita dapat jadikan negara ini sebuah negara yang lebih makmur dan baik hati terhadap masyarakatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *