bahasa,  Buku

Mukadimah Ilmu Etimologi – James T. Collins

Satu buku yang boleh dijadikan panduan bagi pejuang bahasa melayu.

Latar belakang: buku ni diterbitkan tahun 2003. Jadi apa yang berlaku sejak 2003 ni kena korek sendiri lah kalau ada perkembangan terbaru yang mansuhkan apa yang dah tertulis dalam buku ni. Kebanyakan rujukan kamus juga adalah berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994). Kamus Dewan yang terbaru pulak sekarang ni adalah edisi keempat, mula dicetak 2005. Mungkin ada perkara yang dibincangkan dalam buku ni diterapkan dalam Kamus Dewan Perdana, kamus terbaru keluaran DBP.

Secara umumnya, apa yang dibincangkan dalam buku ni adalah bagaimana maklumat atau data yang kita ada untuk setiap perkataan dalam Kamus Dewan tu belum cukup lengkap. Sebabnya, ada perkataan yang kita tak tahu asal-usulnya. Adakah penting asal-usul perkataan? Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi, asal-usul perkataan ni boleh berikan satu gambaran sejarah yang lebih lengkap. Kena kaji betul-betul, tak boleh bias terhadap orientalisme, mitologi, neokolonialisme dan lain2. Dengan etimologi, kita dapat faham apa yang berlaku pada masa yang lampau dan mungkin dapat dijadikan satu garis panduan untuk perkataan baru dalam masa akan datang.

Macam mana nak tahu asal usul perkataan? Dalam buku ni dibincangkan pada permukaan kaedah-kaedah penentuan ini. Do’s and don’ts, sebab nak kenalpasti suatu perkataan ni datang dari Arab ke, Parsi ke, ada laluan tertentu ke, perlu lengkap. Kalau tak lengkap pun, sekurang-kurangnya kajian sedia ada boleh dikembangkan. Ada juga disebutkan kaedah yang perlu dibuat untuk penyusunan seperti penggunaan komputer untuk simpanan data, basically wujudkan satu database untuk simpan semua data perkataan ni.

Ada juga perkataan yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat. Tapi boleh jadi pakar bidang atau masyarakat sendiri taknak gunakan istilah yang dicadangkan. Contohnya, pakar bidang sendiri tak nak gunakan perkataan kajihayat untuk biologi, maging untuk karnivor, dan sebagainya. Jadi bahasa ni sememangnya bergantung kepada pengguna. Kalau perkataan tu digunakan, maka hiduplah perkataan tu. Kalau tak digunakan, satu hari nanti mungkin dah takde dalam kamus.

Sidenote: Yang aku paling berminat sebenarnya adalah kalau ada sebuah maksud boleh diperoleh dari suku kata. Contoh: baris, garis, alis ada satu karakteristik yang serupa, sesuatu yang bersifat halus atau lurus dan tersusun, sama juga dengan kurus, halus, tirus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *