Apa yang Kau Kena Tahu Untuk Buat Website

Sekarang ni kau dah tak perlu lagi ada kepakaran teknikal yang tinggi untuk buat website. Banyak teknologi hari ni yang membolehkan kau buat website yang cantik dengan senang je. So di sini aku senaraikan perkara yang kau kena tahu untuk buat website tanpa memerlukan pengetahuan tinggi pun dalam HTML, CSS dan PHP.

Pasang Web Hosting

Hosting ni ada dua jenis. Satu adalah hosting dengan platform dari software publisher itu sendiri. Contohnya wordpress.com, akismet, blogger, tumblr dan lain-lain. Satu lagi adalah hosting sendiri dengan menggunakan web hosting contohnya netKL, webserver.com.my, shinjiru dan yang sejenis dengannya. Sebenarnya, dia lebih kepada pilihan dan pembelian web hosting yang bagus sebab selepas saja kau beli (ataupun lebih kepada sewa) web hosting, kau sudah pun boleh mulakan untuk buat website kau tu. So proses dia cukup senang. Dan di sini aku akan recommend gunakan hosting sendiri sebab banyak benda yang kau boleh customize sendiri.

Pasang WordPress

Ada macam-macam jenis platform website yang ada di pasaran dekat luar sana. Tapi last sekali yang paling relevan untuk kebanyakan orang adalah wordpress. WordPress ni adalah perisian (atau sistem, atau platform) laman web yang membolehkan blog kau bertukar menjadi website, laman web listing, laman portfolio, e-commerce dan macam macam lagi. Dia merupakan sebuah alat yang sangat versatil yang boleh digunakan secara percuma.

Pemasangan WordPress ini boleh dibuat dari kau punya cPanel yang ada disertakan bila kau beli web hosting. Ada juga pakej yang offer wordpress yang sedia untuk digunakan. Tapi, kalau kau beli pakej biasa dan tak rasa macam nak buat pemasangan tu sendiri, kau boleh minta tolong pasukan sokongan (support team) penyedia web hosting kau tu untuk pasangkan wordpress. So dekat sini aku nak promote servis web hosting NetKL sebab memang aku pakai NetKL pun. Servis dia alhamdulillah bagus lah setakat ni. Lumayan bak kata jiran kita di sebelah sana.

Plugin untuk WordPress

Plugin adalah fungsi tambahan yang dibina oleh developer komuniti wordpress. Plugin ni merangkupi banyak jenis fungsi. Antaranya memperketatkan sekuriti website, penggunaan google analytics, customization tambahan untuk tema website, slider, custom untuk laman admin, pendaftaran peserta, page builder dan macam-macam lagi.  Point penting yang kau kena tahu dekat sini ialah kalau kau pening nak buat website kau, boleh cari plugin. Kalau tak ada, boleh tanya google. Kalau tak ada jugak, upah lah developer.

Page Builder

Ada banyak page builder yang kau boleh jumpa dekat wordpress ni. Antaranya Elementor, Beaver Builder, SiteOrigin, Layers dan macam-macam lagi. Ada yang free, ada yang separuh free, ada yang premium. Motif nak guna page builder ini adalah sebab kebanyakan tema yang free ni dia lebih kepada content yang asas. Dengan page builder ni macam-macam styling lagi yang kau boleh tambah untuk cantikkan website dengan lebih drastik lagi. Kau boleh guna Elementor kalau nak guna secara percuma. Boleh tengok-tengok macam mana nak guna. Dia juga didatangkan dengan beberapa template yang sedia digunakan sama ada sebagai laman utama, laman contact, app showcase dan sebagainya.

Tema WordPress

Tak semua tema ataupun template wordpress didatangkan dengan fungsi yang membolehkan kau membuat rekaletak (design) yang cantik. Tapi kalau kau pandai mencari, kau juga boleh dapatkan tema wordpress dengan rekaletak yang cantik. Benda ni senang je tapi aku ajar jugak lah. Bila nak cari tema tu, pilih “Feature Filter” dan pilih filter macam “Front Page Posting” dan “Theme Options”. Kebarangkalian untuk kau jumpa tema yang cantik dengan percuma tu adalah lagi tinggi.

WooCommerce

WooCommerce ni adalah sebuah plugin percuma yang kau boleh dapat dalam wordpress. Dia boleh tukarkan website kau menjadi laman kedai online. WooCommerce membolehkan kau muatnaik produk kau di wordpress. Dia juga disekalikan dengan laman bakul belian (shopping cart), daftar bayaran (checkout), laman produk, dan juga log masuk pelanggan. Jadi, dia adalah plugin yang serba lengkap untuk kau punya e-shop.

Smart Slider 3

Kau boleh buat slider yang canggih guna plugin Smart Slider 3 ni. Slider ni boleh peragakan tulisan-atas-gambar dan pemain video atas slider kau. Selain tu, ada banyak lagi customization yang ditawarkan dalam plugin ni berbanding dengan slider lain. Kau juga boleh tambah layer atas slider kau untuk letak gambar atau tulisan di atas slider kau dan tetapkan posisi di mana saja yang kau nak letak. Plugin ni juga disekalikan dengan sampel template yang kau boleh gunakan untuk slider anda.

Inspirasi

Bila kau membuat website, ada masanya kau nak membuat suatu yang lain dari yang lain. Ataupun kau mungkin nak buat rekaletak yang moden dan menarik perhatian. Inilah waktu yang baik untuk kau belayar ke pelbagai website dan laman yang memperagakan (display lah bak kata orang putih) rekaletak-rekaletak yang cantik. Antara site yang kau boleh pergi ialah lapa.ninja atau @welovewebdesign untuk rekaletak landing page, flatuicolorpicker untuk pilihan warna dan sebenarnya juga ke website jualan tema wordpress contohnya themeforest untuk dapatkan inspirasi rekaletak tu sendiri.

Duit Mempercepatkan Proses

Duit ni aku letak hujung sebab guide ni untuk kau lebih tahu sendiri pasal cara nak buat website. Tapi kalau kau nak upah orang, sekarang ni kau tahu lah serba sedikit apa yang kau boleh mintak, dan boleh bajet berapa nak bagi upah. Ada banyak cara kau boleh guna duit untuk website kau. Antaranya beli template siap (dan canggih), upah untuk tambah functionality website, copywriting, upah modification template dan kau boleh fikir macam-macam lagi. Pastikan dengan harga yang kau bayar, masa dan tenaga kau dapat dijimatkan untuk siapkan website kau tu.

Kesimpulan

Kau boleh buat website yang cantik tanpa perlu pengetahuan yang tinggi dalam coding language HTML, CSS, JS atau PHP. Semua alat yang disebut tadi dah cukup untuk persiapkan kau untuk buat website yang lengkap. Pun begitu, kerja kau akan jadi lebih senang dan kos kau pun akan menurun kalau kau ada pengetahuan asas dalam HTML, CSS, JS dan PHP. Senang sebab kalau ada masalah, kau tahu mana salahnya. Kos kau pun akan jadi lagi murah sebab kau boleh selesaikan masalah design dengan sendiri. Tapi memang kau ada kelebihan lah kalau kau tahu macam mana nak tulis program untuk aplikasi website kau. Kalau dah tahap macam ni boleh la kau sendiri jual solution kau kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *