Life

Journey

So Jumaat lepas selamat lah aku dan Anas travel partner sampai ke Malaysia. Flight plan kami agak pelik sikit. Biasanya orang akan bli tiket pergi balik dari A ke B tapi kami beli tiket dari B ke J dan J ke M. Tiket bas dari Toronto, Canada ke Buffalo, USA. Tiket flight Buffalo-Narita and Haneda-KL. Dua-dua tu adalah return ticket maknanya pergi dan balik lah..

Ottawa.
Kepada yang tak tahu, aku tinggal di Ottawa, Ontario. Dari sini aku naik bas paling last which is pukul 1145 malam ke stesen bas. Departure time adalah pukul 1. So far takde masalah. Thanks lah kepada Aizat Altair Ishar sebab hantar aku ke station. Fine lah Jimbo tak hantar… Sentap lah camni… Haha..

Toronto.
Sampai sini dalam pukul 6. Disambut baik oleh Anas, dibelanja pula ice lemon tea, ditariknya pulak beg aku. Bagus2.. Ini namanya menghormati tetamu. Kat sini aku habiskan beli souvenirs dari Canada. Antaranya set pinggan, key chain, magnet peti ais, dan maple syrup yang boleh kata original dari Canada. Esok paginya punn kami pun gerak lah ke station untuk naik bas ke Buffalo punn.

Buffalo.
Lepas dari border dan immigration, maka segalanya menjadi lega.. Bas teruskan perjalanan dan sampai di Buffalo Niagara Airport pukul 3. Di sini kami akan loitering selama 15 jam sebab flight adalah pukul 6 pagi. Sementara itu terpaksa lah buat apa2 aktiviti supaya tak bosan. Maka Anas decide beli servis internet Boingo. Aku pun tumpang jugak lah akan Boingo dia. Log in serentak pun boleh lol. So hari tu cuma online je. Kalau nak makan keluar airport cross jalan dengan begnya makan fish fillet kat McDonalds. Malam tu pulak, disebabkan bosan, maka kami pun sempat lagi main dota. Apabila sampainya masa, maka kami pun naik lah kapal terbangnya.

Buffalo Niagara Airport
Selepas menahan diri dari tidur sampai pagi

Chicago.
Transit 4 jam. Airport besar. Mengantuk. Lapar. Flight dari sini ke Jepun agak terbaik. Dapat seat belakang dinding. Tepi tingkap. Muslim meal terbaik makan ayam. Agak jakun so at times usha2 luar tingkap tengok langit. Japanese Stewardess. Seronok dengar diorang cakap Jepun. Stim lol..

Tanah Jepun – On arrival

Japan.
Sampai pukul 3. Sini adalah part yang paling mencabar. Firstly beg kawan aku si Anas ade problem. Tayar dia rosak. Kalau tarik beg tu rasa macam dia resisting from being pulled. Nasib baik letak dalam loker. So then jalan2 sikit. Tempat yang dilawat pada hari pertama adalah Asakusa and Akihabara. Hari kedua tayar dah direpair sikit. Getah tayar dibuang. Masalah baru pulak tayar haus. Habis tu memang tak boleh buat apa-apa langsung lah. Memang terpaksa tarik. Sebab hari panas and guna banyak tenaga so peluh jugak la. Dah lama tak keluarkan peluh. Then terfikir nak naik teksi and letak beg kat Haneda Airport.

Asakusa

Maka kami pun tanya lah makcik farmasi lol. Kitorang nak dapatkan taxi je. Mula2 tanya dalam English. Then makcik tu tanya “doko iku no?”. Disebabkan aku tengok banyak citer Jepun maka aku faham lah makcik ni tanya aku nak pegi mana. So aku bagitau nak pergi Haneda Airport. Lepas tu makcik tu cakap Jepun daaa.. Kami pun cakap la tak faham apa-apa tapi disebabkan kami berada di Jepun, maka orangnya takkan cakap selain Jepun. So terpaksa dengar je makcik-makcik tu cakap Jepun. Tapi nampak lah reaksi diorang seakan-akan bagitau taxi sangatlah mahal. Diorang pun suggest naik bas and amik tren. Boleh la faham sikit-sikit… So  kami pun pergi jugak lah ke train station. Letak beg kat situ and jalan2. So tempat yang dilawat pada hari kedua adalah Imperial Palace and Tokyo Tower. Then gerak ke airport. Bila sampai je airport maka kami sangatlah lega sebab tak payah lagi nak tarik beg. Tolak troli je. Malam tu flight ke Malaysia.

Nazirul and Anas
Tokyo Tower

Malaysia.
Maka sampai lah kami di Malaysia tanah air tercinta pada pukul 6 pagi hari Jumaat 8 Julai 2011. Sabtu esoknya family aku terus buat family day kat Ulu Yam. Nice!

Sebenarnya ni cuma ringkasan lah orang kata. Banyak lagi perkataan yang tak mampu di ungkapkan melalui pengalaman (cewah)… Nak taip pun panjangnye punn.. So kalau nak tahu lagi, Tanyalah Ustaz.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *