Words

Emotions

Bukan nak emosi, cuma nak kongsi. Semua manusia diberikan hati dan akal. Akal untuk berfikir, hati untuk perasaan (macam pelik pulak ayat ni). Bila kita rasa sakit hati, senang hati, mahupun suka hati, kita takkan rasa dekat kepala tapi dekat hati kita, ke jantung ke ntah.. Siapa tau? Anyways, tipu lah kalau ade orang cakap yang dia tak pernah rasa apa-apa perasaan. Kononnya cool sangat takde perasaan. Jiwa kosong ye? Amboi…

Well, aku pernah dilabel sebagai takde perasaan. Okay aku tak kisah sangat. Sebab aku memang tak show sangat perasaan aku. And aku takde apa-apa untuk rasa excited sangat. Dulu kot.. Sekarang macam lain je.. Tapi pelik jugak ade yang assume aku memang takde perasaan like literally takde perasaan. Dia ingat hati aku ni penuh dengan ruang kosong. Haish tipu betul ingat aku ni takde perasaan. Dia tak pernah mengaku ke akan kewujudan perasaan dalam hati setiap insan? (lol ayat). So of course lah semua orang ade perasaan. Mana ada sesiapa pun yang heartless. Lain lah kalau manusia tu kejam tak berhati perut. Itu memang orang panggil heartless lah. Istilahnya heartless.

Kan sweet tu ade heart?

So konklusinya, aku rasa macam orang yang mengaku takde perasaan ni sebagai tak mengakui bahawa Allah ciptakan perasaan sebagai rahmat kepada manusia. Allah berfirman dalam Surah ArRahman: “Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan”. Dustakan nikmat ni macam kita cakap “aku takde pun benda itu ini…” So orang2 yang cakap dia takde perasaan ni macam tu lah. Macam mendustakan nikmat Allah pulak.. So please lah orang2 ni stop those heartless words. Amboi jadi ustaz pulak aku ni..

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *