Life,  Random

Cuti

Okay!! Tamatlah sudah semester half-summer aku. Maka bolehlah bersiap-siap untuk pulang ke rumah-tangga (^_^). Summer kali ni ade 2 je exam – Religion and Mechanics. Religion dah dapat markah yang tak official (kira sendiri) which is Alhamdulillah good. Result Mechanics maybe dapat dalam minggu depan time aku ada kat Malaysia.

So ade la satu cerita yang mungkin agak menarik tapi mungkin agak bosan. Satu hari aku berjalan-jalan di kala subuh hampir tiba (which is around 3 a.m.). Aku nak pergi Shoppers Drug Mart bukan beli ubat, tapi beli air berkarbonat sebab dah lama asyik minum air paip je. Masa tu tak banyak kereta kat atas jalan raya. Manusia pun ada la sorang dua. Bila aku sampai traffic simpang empat ade la sebuah kereta ni.. Pelik tak? Maybe tak kot kalau setakat bayangkan ade kereta kat atas simpang empat. Tapi aku yang tengok sendiri agak pelik la pemandu dia boleh ikut traffic light waktu takde orang pun atas jalan raya. Kalau kat Malaysia pemandu jadi raja, kalau kat Canada pemandu jadi hamba! So aku agak kagum dengan kepatuhan diorang ni tapi dalam masa yang sama aku rasa dia patut jalan je sebab bukannye ade orang pun.. Bagaimanapun aku sangat sedih dan kecewa tengok pemandu Malaysia yang takde rasa macam nak bagi orang melintas bagaikan jalan raya tu dia yang punya. Ini cerita pengalaman kat Subang la ni.

Sebenarnya paragraph atas ni macam takde kaitan dengan tajuk. Anyways, aku akan gerak ke Toronto esok (2/7/2011) and stay situ kejap, 4/7/2011 baru lah gerak ke Buffalo, USA. Then 5/7/2011 gerak dari situ ke JAPAN!! Jalan-jalan sikit then 7/7/2011 baru lah gerak balik Malaysia tanah air tercinta!

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *