bukan salah cikgu
Buku

Bukan Salah Cikgu

Perkara wajib yang aku akan buat setiap kali pergi ke shopping mall adalah masuk kedai buku. Kali ni aku terjumpa buku “Bukan Salah Cikgu”. Design buku pun ok lah design ala-ala kertas peperiksaan. Namun aku terus rasa nak beli bila baca isi kandungan sebab ada discussion pasal sistem pendidikan negara kita dan juga pemerhatian terhadap sistem pendidikan Finland. Maklumlah, aku ni kan benci terhadap sistem yang tak memberi result yang bagus. Dalam konteks ni, tak membentuk masyarakat yang insaniah. Dan sebab lain aku nak baca adalah untuk menulis pasal sistem pendidikan untuk Malaysia Academia So ini adalah review buku ni yang aku copy-paste dari aku punya akaun goodreads.

Bukan Salah Cikgu cover
Bukan Salah Cikgu cover

1. Publishing

Sama ada buku ni tak ada editor ataupun editor langsung tak menjaga standard penulisan buku. Saya faham bahawa penulis tak semestinya cekap dalam menggunakan perkataan atau struktur ayat yang bagus. Dalam kes ini, penulis sendiri telah pun clarify jika dia mampu menyampaikan perbahasan isi buku. Namun, terdapat banyak tempat yang saya lihat mengabaikan kualiti struktur ayat, penggunaan perkataan dan flow perbincangan.

Excerpt daripada rujukan pun banyak diselit dalam bentuk gambar (tidak ditulis semula). Petikan dari Facebook pula saya taknak terlalu kritikal walaupun sebenarnya tak begitu seronok dibaca dalam bahasa asal yang agak rojak dan pasar.

2. Content

Saya rasa banyak content yang penting telah dimasukkan dalam buku ni. Ia membincangkan perangai masyarakat terhadap pendidikan, sistem pendidikan, polisi pendidikan, perguruan, peperiksaan dan banyak lagi. Kritikan terhadap polisi yang mementingkan penilaian berdasarkan peperiksaan juga merupakan bacaan yang insightful. Dan dengan pembacaan ini, kita dapat melihat situasi sistem pendidikan secara lebih meluas.

3. Keseluruhan

Saya sangat berpuas hati dengan content yang disampaikan, namun rasa kurang berbaloi dengan harga buku ni kerana kualiti penulisan tak dijaga dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *