Info,  Life

Borang Kebenaran Nikah – Lelaki

Kali ni aku akan tulis pasal Borang 2A – atau dikenali juga sebagai borang kebenaran perkahwinan lelaki. Aku cuba buat guide ni senang dan ringkas. Tapi guide ini cuma untuk lelaki yang first time kahwin, dan buat permohonan dalam Selangor. Maknanya sama ada IC negeri Selangor, atau dah isi Borang Akuan Permastautin (Borang 1A) bagi yang memohon di Selangor, tapi IC negeri lain.

Elok borang-borang ni buat dalam tempoh 3 bulan sebelum kahwin. Haritu pergi klinik Putrajaya presint 9 dia kata HIV test sah 3 bulan je. Konfius kejap sebab masa kursus cakap 6 bulan. Bila actually buat dekat Klinik dekat dengan tempat kerja aku, dia kata sah 6 bulan. So elok 3 bulan sebelum tarikh nikah baru buat semua sebab cukup je masa nak siapkan. Lagi satu, nampaklah dekat sini tarikh nikah pun anda dah kena tetapkan (sebab nak isi dalam borang) siap-siap sebelum langkah seterusnya.

HIV Test

HIV test ni biasanya dibuat di klinik pada hari biasa je. Nak buat kat mana tu tak kisah asalkan klinik kerajaan. Aku buat dekat dengan tempat kerja lepas rehat. Tak sampai setengah jam siap. Elok sebelum pergi klinik tu call dulu lah sebab kadang-kadang ada jam tertentu je dia buat HIV test.

Kursus Pra-Perkahwinan JAIS

Yang ni buat kat masjid lah paling murah. Kena RM 80 untuk dua hari. Tapi dua hari tu sekali dengan makan lah. Tapi yang paling penting di sini bukan makan, tapi ilmu rumahtangga.

Borang 2A

Dah setelkan yang atas ni barulah buat Borang 2A ni. Sebab kalau dah isi siap-siap pun, nak tunggu dokumen dan sijil yang dah disebut di atas tadi untuk disahkan dengan Penolong pendaftar Nikah (PPN).

Borang 2A ni diisi online je (ncr jais). Page ni adalah one-stop untuk nikah (n), cerai (c) dan rujuk (r). Untuk siapkan Borang 2A online, cuma perlu isi maklumat pengantin, maklumat nikah (termasuklah tarikh) dan siap-siap dah tahu nak bawak siapa sebagai saksi (untuk diisi dalam borang). Sebab borang ni tak boleh print selagi tak isi lengkap.

Saksi dalam prosedur ni cuma untuk sahkan si calon suami ni bujang. Saksi ni juga kena bawa berjumpa dengan imam kawasan sendiri untuk sahkan calon ni bujang. JAIS (S untuk Selangor) tak pakai akuan bujang dari majikan. Saksi ni boleh amik dari keluarga pun boleh. Asalkan lelaki dan berumur 18 tahun ke atas. Kalau tak boleh jumpa waktu kerja, jumpa waktu-waktu maghrib atau isyak pun boleh. Boleh dapatkan nombor imam dari masjid kawasan yang berdekatan.

Persiapan borang

Dah siap isi online borang 2A tadi, sila lah print dua copy. Lepas tu anda perlukan:

  1. Dua (2) salinan IC pemohon lelaki
  2. Dua (2) salinan IC untuk setiap saksi (2 orang)
  3. Dua (2) salinan sijil Kursus Pra-Perkahwinan Jais
  4. Dua (2) salinan HIV Test
  5. Dua (2) salinan Borang 2A (yang diisi online tadi)

Kalau nak lebih lengkap, boleh print senarai semak.

Ada dua kali submission borang yang anda perlu buat, actually yang first ni bukan nak cakap hantar borang la.. cuma nakkan pengesahan je.

Pertamanya dengan Penolong Pendaftar Nikah (PPN). Pegawai ini anda kena cari di Masjid lah. Call pejabat masjid pada waktu pejabat, mintak nombor telefon PPN. Nanti set appointment dengan PPN. Bila nak jumpa PPN ni bawak saksi sebab nak sign depan PPN. Jangan lupa bawak salinan dokumen tadi. PPN cuma sahkan salinan sahaja.

Dah siap sahkan kedua-dua salinan dokumen dengan PPN, bawaklah ke pejabat agama daerah. Yang ni pergi sorang je pun boleh. Setel hari tu jugak. Lepas siap, satu set borang JAIS akan simpan, lagi satu anda pegang untuk paskan kepada pihak perempuan pulak. Sebab pihak perempuan punya borang kena ada borang pihak lelaki.

6 Comments

  • Faiz Mohd Noor

    Wsalam. Sorry lambat reply.. Ada dua jenis saksi untuk lelaki:
    – Saksi pengakuan bujang (pihak lelaki berdaftar di Selangor)
    – Saksi nikah

    Saksi tak semestinya sama untuk kedua-dua peringkat ni untuk pihak lelaki. Kalau saksi ketika di majlis nikah pula, saksi lelaki tak sama dengan saksi perempuan.

  • Myra azmi

    Nak tanya borang tu setel 3 bulan sebelum tarikh nikah tu maksudnya kalau nak nikan bulan 10 bulan 8 start buat ke or bulan 7 dh boleh buat ? Sorry sbb confuse .

  • Myra lysha

    Nak tanya borang tu setel 3 bulan sebelum tarikh nikah tu maksudnya kalau nak nikan bulan 10 bulan 8 start buat ke or bulan 7 dh boleh buat ? Sorry sbb confuse .

  • Mohamad Haikal Hakimin Bin Sabry

    Salam, bang nak tanya. Dalam borang 2 kan ada skaksi dua orang, tu saksi belah lelaki atau perempuan? Kalau tersalah letak apa mcm mana nk tukar ye? Sy terletak nama saksi belah perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *