Bahasa melayu kelebihan dan kekurangan
Buku

Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya

3.5 bintang sebab realitinya tak sampai jangkaan. Namun, mungkin juga sebab jangkaan saya di tempat yang salah, maka ia bukan buku yang dapat menjawab persoalan saya seluruhnya.

Jangkaan:
Antara persoalan saya ialah pada sifat perkataan yang wujud dalam BM. Kita ambil contoh ahli keluarga. Untuk adik beradik lelaki, kita ada abang dan adik lelaki. Perhatian bahawa tiada satu kata yang khusus untuk “adik lelaki”. Manakala bahasa jepun menggunakan “onii-san” dan untuk abang dan “otouto” untuk adik lelaki. Perhati di sini bahawa terdapat kata yang khusus untuk adik lelaki. “Brother” pula digunakan untuk abang dan adik lelaki. Tiada perkataan khusus untuk abang atau adik lelaki.

Di tempat lain pula, kebanyakan perkataan perlu dijamakkan dengan perkataan yang lain untuk memberi maksud yang tertentu. Kita ada “sarapan” untuk makan pagi, namun tak ada “lunch” untuk makan tengahhari (sehingga baru-baru ini kita boleh “merarau” dan “mencicip” di waktu petang). Kita tak ada perkataan tunggal untuk “seat” iaitu “tempat duduk”. “Pedestrian” kita adalah “pejalan kaki”. “Politician” kita adalah “ahli politik”. Mungkin di sinilah BM dilihat tidak dapat menjadi menuturkan fikiran dalam ilmu pengetahuan, kerana kurangnya perkataan tunggal untuk merujuk kepada sesuatu perkara.

Maka di situlah jangkaan saya tak dijumpai dalam buku ini.

Tentang buku:
Kulit buku ni cantik, ada texture and rasa mahal (dan sememangnya agak mahal untuk buku 66 muka surat) kerana ada nilai eksklusifnya. Sayang nak garis2 atau conteng.

Asalnya himpunan tulisan ini berasal dari akhbar mengikut keluaran masing2. Semuanya diterbitkan 3 tahun sebelum merdeka. Ketika ini masih ramai yang menggunakan jawi sebagai tulisan mereka. Tulisan rumi yang ada pun ditukar dari jawi dalam bentuk yang tak ada piawaian disebabkan pertukaran sistem tulisan pada masa ini masih sangat baru. Maka dalam buku ini ada beberapa cadangan dari Zaba untuk menyatukan dan piawaikan ejaan dari jawi ke rumi (supaya tulisan Rumi dalam Malaya dan Indonesia menggunakan cara ejaan yang sama).

Kelebihan BM ialah pada kebolehannya menyerap bahasa-bahasa dagang sebagai miliknya sendiri. Namun Zaba sendiri juga tahu bahawa BI juga mempunyai sifat kelebihan yang sama, dan disebabkan itulah sekarang BI berkembang sepertimana hari ini. Selain itu, kita mempunyai pelbagai bidalan, syair, gurindam, seloka, pantun dan simpulan bahasa yang membuatkan BM agak unik.

Kekurangannya yang ditulis dalam buku ini ialah kurangnya karangan (pada ketika itu) yang ditulis dalam BM jati. Kebanyakan hikayat2 lama diterjemah dari parsi, arab dan india yang menyebabkan jalan2 bahasa itu bukanlah jalan bahasa melayu jati. Maka dalam buku ini juga Zaba menyarankan agak penuntut2 pengajian tinggi untuk menulis sebolehnya dalam bahasa melayu untuk menggambarkan pemikiran dari perspektif orang melayu itu sendiri.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *